Tanggal 3 Januari 2010 merupakan detik yang bersejarah bagi rakyat di Balik Pulau. Akademi Upaya Rakyat atau singkatannya AURA sebuah pusat penggerak aktiviti komuniti/masyarakat telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 1 Tuan Mansor Othman bertempat di Dewan Balora Mastika, Kongsi, Balik Pulau.
Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 300 orang pimpinan JKKK dan ahli masyarakat seluruh Balik Pulau.
Dalam ucapan perasmiannya YB TKM 1 berharap AURA menjadi penggerak masyarakat dan sentiasa mendampingi rakyat akar umbi bagi menangani segala isu dan masalah rakyat.
Di samping AURA sewajarnya menjalin hubungan baik dengan jabatan-jabatan kerajaan, NGOs/CSOs dan ADUN-ADUN bagi menambah kecekapan dalam perkhidmatan.
Video oleh Jimmy Leow (Wartawan Masyarakat)
No comments:
Post a Comment